*Catatan ini adalah sebagai buku
peringatan saya tentang perjalanan ke satu-satu tempat. Oleh kerana banyak
tempat saya pergi saya tidak catatkan, apabila orang tanya pasal kos, harga
tiket, nama hotel dan sebagainya saya memang dah lupa. So catatan ini untuk
peribadi dan bacaan umum.
Perjalan ini telah di rancang 2 hingga 3
minggu sebelum memempah tiket di Airasia. Pada mulanya saya merancang untuk
hanya ke Singapore dengan menumpang rumah abang rakan travel saya di Johor Bharu. Namun peracangan itu bertukar untuk ke Indochina hasil pengaruh video Destinasi Bajet ke Phnom Phen dan Ho Chi Minh City. Saya menempah tiket 25
hingga 30 hari bulan march. Harga tiket tidak semurah perancangan awal kerana
sedikit kelewatan rakan travel saya menguruskan passport. Namun ia tidaklah
sehingga sekali ganda peningkatan. Saya menaiki flight dari terengganu pagi jam
7 lebih ke KLIA2. Sampai di sana, saya dan rakan melepak selama hampir 4 jam
menunggu boarding time pada jam 2 petang. Untuk boarding saya sedikit melengah
-lengah masa hingga menyebabkan kami sedikit terlewat. Kami berlari ke ruang
berlepas setelah diberitahu supaya perlu cepat ke sana. Ternyata sampai di sana
sudah ramai menunggu namun ramai juga belum sampai. Saya meletakkan beg
bertentang seorang lelaki yang saya rasa melayu. Dia berjubah dan berketayap.
Saya menyapa. Itu adat saya ketika travel dengan harapan mungkin dia boleh
membantu saya di sana. Oh ya, lupa nak cakap yang sebelum ke Cambodia, saya ada
godek2 insta untuk cari orang melayu di sana. Tujuan saya untuk tanya hotel
yang selamat dan murah. Saya terjumpa dengan geng UniKL yang sedia menolong
saya dan rakan disana. Oleh kerana kami pergi berdua, so persediaan backup
perlu ada untuk ke negara kelas dunia ke tiga ini. Back to the point. Saya berbual
dengan ustaz tersebut dan ustaz tersebut adalah orang kemboja yang fasih
bertutur dialek kelantan. Saya mengsayai saya kelantan setelah mendengar
tertururannya. Tujuannya untuk lebih mesra. Saya tips yang saya reka sendiri
untuk diri saya, kita mestilah mencari persamaan untuk memudahkan sesuatu
urusan dengan sesuatu pihak. Nama beliau ustaz zainul abidin. Saya memanggilnya
dengan nama Haji Zainul. Dari perbualan mesra itu, dia menawarkan untuk
membantu saya mencari hotel yang murah dan berhampiran dengan lokasi halal
food. Dalam masa yang sama, geng UniKL sudah berjanji untuk ambil saya di
airport. Saya mengiakan perlawaan Haji Zainul untuk plan backup sekiranya geng
UniKL tidak dapat datang.
| Pemandangan Phnom Penh dari udara |
Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit.
Saya tiba di Phnom Penh. Ibukota Cambodia yang pernah bermandi dari pada 1975.
1 per 4 penduduk Cambodia di bunuh oleh regim khmer. Cambodia bukanlah lokasi
yang orang malaysia rata-rata mahu pergi. Saya hanya lihat beberapa orang
malaysia, itu pun entah kemboja atau malaysia. Di Cambodia matawang adalah USD.
Riel tidak digunakan secara menyeluruh. Tiba disana, haji zainal mencari saya
dengan sangat rushing kerana rakannya sudah menunggunya di dalam kereta. Saya
beritahu dia saya perlu mencari simkad dahulu di airport. Dia membantu saya
membeli simkad tersebut. Keluar dari airport, ada pekikan yang memanggil
''Najmi!' yes, geng UniKL sudah menunggu di airport dari tadi. Saya berbelah
bahagi. Haji Zainul memberi isyarat supaya saya cepat. Saya pergi jumpa
geng-geng tersebut, salam dan saya mintak maaf saya tak boleh follow dia orang
tapi saya janji saya bayar balik tuk-tuk dan akan pergi rumah mereka
keesokannya. Saya rasa sangat bersalah. Namun dalam fikiran saya keputusan yang
tepat perlu. Saya perlu mempercayai warga Cambodia sendiri untuk lebih
memudahkan saya. Saya menaiki kereta dengan Haji Zainul. Drivernya disebelah
kiri adalah haji solah. Muka haji solah tidak langsung menampakkan beliau
ada acuan dari kampung cham atau chanang. Muka beliau pure Cambodia bandar.
Mereka bertutur dalam bahasa khmer. Nasib saya tidak boleh dijangka. Adakah
saya ditipu atau memang saya akan ditolong. Sebagai seorang backpacker, saya
sudah bersedia dengan keadaan itu. Mereka membawa saya di sebuah hotel
berhampiran dengan masjid. Alhamdulillah. Haji Zainul check in kan hotel dengan
kadar 15 USD semalaman. Bilik tersebut untuk 4 orang. Walhal kami hanya berdua.
Ada dua katil besar. Haji Zainul cuba memberikan yang terbaik untuk kami,
katanya dulu ketika dia pergi ke mekah kali pertama, dia tidak tahu apa-apa
macam saya sekarang yang tak tahu apa-apa pasal Phnom Penh. Tapi di mekah,
ramai orang kelantan membantunya. Jadi dia kata dan balas budi. Malam tersebut
kami dapat rasa makan khmer yang Haji Zainul belanja. So, tuktuk dari airport
dan makan malam kami adalah percuma. Yup, gratis.
| Dari kiri: Saya, Haji Zainul, Haji Salah, Fizi (rakan backpack) |
Pada malam tersebut, saya megambil
keputusan untuk tidak membuang masa. Saya mahu ke night market. Saya turun dari
hotel dan banyak tuk-tuk dibawah. Disitulah saya mengenali Sowamma'. Dia driver
tuk-tuk. Dia tawarkan 6USD untuk pergi balik dari hotel ke nightmarket. Saya
seperti biasa akan nego harga. Akhirnya dia bagi 4USD dan saya bagi tambahan
1USD untuk pusing Phnom Penh. Kepercayaan itu perlu, tapi ketidakpercayaan itu
harus ada juga, bimbang kerana banyak kes rompak dengan tuk-tuk berlaku. Dia memang
menghantar kami ke pasar malam yang sebenarnya jaraknya tidak jauh. Strategik hotel yang diberikan Haji Zainul. Saya sangat berterima kasih dengan beliau. Saya mengambil kesempatan untuk memrasai air tebu campur limau yang dikatakan special disini.
Sowamma' pula pada mula perkenalan seperti driver tuk-tuk lain yang suka mengambil kesempatan namun mungkin kerana saya bercakap dengan bahasa yang sopan dan menghormatinya, hatinya tergerak untuk melakukan perkara yang sama. Selepas nightmarket, kami meronda bandar Phnom Penh yang indah pada waktu malam. Sampai di hotel, Sowamma' menawarkan saya perkhidmatannya untuk esok hari. Dia menawarkan ke beberapa tempat dengan kadar bayaran 60USD. Seperti biasa, saya akan nego. Nego sampai lebam. Nego perlu ada skill. Bukan dengan cakap kasar, bukan terlalu lembut. Tapi tegas dan lembut. Dari 60USD ke 40USD turun 30USD. Saya tetap berkeras untuk 25USD. Dia mengeluh. Saya cakap saya janji bayar minyak tuk-tuk dia. Dia bersetuju.
| Air Tebu Cambodia |
Sowamma' pula pada mula perkenalan seperti driver tuk-tuk lain yang suka mengambil kesempatan namun mungkin kerana saya bercakap dengan bahasa yang sopan dan menghormatinya, hatinya tergerak untuk melakukan perkara yang sama. Selepas nightmarket, kami meronda bandar Phnom Penh yang indah pada waktu malam. Sampai di hotel, Sowamma' menawarkan saya perkhidmatannya untuk esok hari. Dia menawarkan ke beberapa tempat dengan kadar bayaran 60USD. Seperti biasa, saya akan nego. Nego sampai lebam. Nego perlu ada skill. Bukan dengan cakap kasar, bukan terlalu lembut. Tapi tegas dan lembut. Dari 60USD ke 40USD turun 30USD. Saya tetap berkeras untuk 25USD. Dia mengeluh. Saya cakap saya janji bayar minyak tuk-tuk dia. Dia bersetuju.
| Sowamma'. Pemandu Tuk-Tuk |
Hari kedua di Phnom Penh,
seperti yang telah di janjikan dengan Sommawa', kami akan menggunakan
perkhidmatannya full day hari ini. pagi itu kami ke killing field,
jaraknya agak jauh tapi kami tak perlu risau kerana caj tetap sama iaitu 25USD
sehari. Sowamma’ kata ‘if you don’t tired, we also can go until night sir’
dalam pelat khmernya. Saya minta Sowamma’ untuk belikan tiket untuk kami dengan
harapan dapat harga Cambodian namun Cambodian tidak perlukan tiket untuk masuk.
Jadi kami terpaksa membayar tiket. Sowamma’ mengajar kami supaya terus masuk
buat-buat macam Cambodian tapi kena tinggal beg dekat tuk-tuk dia. Yup, tidak
semudah itu aku akan tinggal beg. Saya masuk berbayar 6USD termasuk caj audio
dalam bahasa melayu. So, cerita kat dalam berkisar pembunuhan yang dilakukan
regim polpot. Saya mengambil masa hampir 2 jam untuk hadam semuanya.
| Killing Field |
Next stop, kami ke Russian Market. Sampai kat
sana, saya meminta Sowamma’ untuk membeli air kelapa dengan harga Cambodian. Ada
dua jenis, yang sedap dengan yang biasa. Kami membeli yang sedap. Harganya 1USD.
Saya turut membayarnya kepada Sowamma’ sebagai tanda terima kasih.
Dalam Russian market ini boleh kata semua benda
ada. Dari pertukangan, automobile hingga ke perhiasaan rumah. Saya membeli baju
Cambodian disana. ‘Same-same but difference’. Saya nego sehingga harga 1USD
setengah. Saya juga mebeli flag Cambodian dengan harga 2USD setengah yang
bersaiz sederhana besar.
Next stop, Tuol Sleng Genoside Museum. Saya membayar tiket masuk sebanyak 3USD dan memilih
untuk tidak mengambil system audio yang berharga 3USD. Ia bukanlah sesuatu
perkara yang baik memandangkan system audio merupakan sesuatu menda yang
penting untuk memahami sepenuhnya kisah di sekolah pembunuhan itu. Namun kami travel
secara backpack so duit kenalah jimat. So kami mengambil masa lebih sejam
disini.
Next stop, kami ke independence monument. Bergambar
disitu dan kawasan sekitarnya. Keadaan kat sini lebih harmoni berbanding
tempat-tempat lain di Phnom Penh. Berhampiran tu jugak kami ke Royal Palace.
Setelah selesai kat CM. kami ke rumah
pelajar UniKL semalam. Takkan orang tolong kita, kita nak chow macam tu je kan.
Saya ada membelikan mereka keropok lekor untuk mereka dari Terengganu. Tapi dah
dua hari dalam beg entah apa la rasa. Mereka merupakan pelajar intern kat sini.
Mereka dah duduk 1 bulan lebih kat sini dan buat kerja IT kat syarikat dalam
Bandar Phnom Penh ni.

So, kami keluar pulak berlima naik
tutuk ke riverside yang dekat je dengan night market. Night market tu pun kami pergi
lagi sekali sebab geng UniKL ni tak sempat lagi nak datang sini. Lepas tu jumpa
tempat menarik je kami berenti ambil gambar sebagai kenangan la kan. kami juga ke wat Phnom. kerana amaran dari Sowamma' yang banyak penjahat area tu malam-malam, kami hanya bergambar dari jauh.

Hari sudah membawa ke pagi, kami
pulang ke hotel. Saya membayar kadar 25USD yang dijanjikan. Sowamma’ berterima
kasih dan dia perlu menghantar pula geng UniKL itu pulang. Saya meminta untuk
Sowamma’ untuk datang esok membantu kami membeli tiket bas. Dia bersetuju. ‘goodnight
sir’ katanya.
Hari ketiga di
Phnom Penh, kami bersarapan dengan meggi cup. Makanan yang dibawa dari
malaysia. Kebiasaan saya travel memang jarang saya beli makanan. Nak jimat.
Tambahan pulak, kat Cambodia makanan mahal. Pakai USD. Saya turun ke tingkat
lobby untuk isi air panas. Kebetulan pada masa yang sama, masjid yang
berhampiran dengan hotel tersebut tengah mengadakan pertandingan tilawah al
quran. Saya dan rakan makan di meja dalam kedai hotel tersebut. Pada masa yang
sama, saya melihat seorang tua berkopiah melihat kami dan bertanya pada tuan
kedai hotel tersebut dalam bahasa khmer sambil melihat saya makan. Yang saya dapat
tangkap perbualan mereka hanyalah 'TOMYAM'. Yup, saya makan meggi tomyam dan
baunya memang sangat kuat. Dia mencari2 cup meggi di kedai tersebut dan menang
lah takkan ada. Saya menyapa dia dan dia boleh berbahasa melayu pelat khmer.
Saya menawarkannya meggi. Dia bersetuju. Saya dan rakan naik kejap ambil meggi
then bagi. Kami berborak. Dia memperkenalkan diri sebagai haji Hashim . Beliau
merupakan mufti di kampung chanang. Dia kata ramai orang malaysia bagi bantuan
kepada orang kemboja dan dia sangat menghormati orang malaysia. Beliau membayar
air botol dan ubat gigi yang kami beli. Dalam masa yang sama, saya memberitahu Sowanma’
untuk tunggu kami makan sekejap. Dia dah bersedia dengan tuk-tuknya cuma pulang
sekejap menghantar makanan untuk isterinya.




.jpg)


