Sunday, January 23, 2011

Kutok/Puji Facebuk!~


aku tak tau la knpe..(bukan nk poyo) tbe2 ramai jek pompuan add..xpasti la pompuan btol ke x...adkah krna ak sering mnimbulkan mrah sgelintir mnusia kt fb sbb pnyataan yg gler2 kt page..atau mreka gmbire??tp rse nye cam suke jek..bukti kukuhnye kat bwah nie...


tak kurang juga (terlebih kot) yg mengutok ak...sebanyak zarah2 atom la...biase la..aku da kutok byk org..aku pon kne kutok gak ar...nie pon lam page xbrainscan nie ak bek hati x kutok over2...dan saksikan lah kutukan yg ku terima

Thursday, January 20, 2011

Story About GiatMara

panggilan dari mak ak ketika ak sedang dlam mggu STPM yg mnyuruh ak ke giat sambil tggu result amat mnduka citakan ak pda mula nye..namun lpas pnerangan dan ganjaran imbuhan yg ak akn dpat..ak daftar giatmara..pada mulanya ak nk amek khusus motosikal kt batu rakit slame 6 bulan..tp cencel..sbb alasan2 tertntu..jd ak msok la giat mara yg dkat2 nie jgak...kursus?? IM (industrial maintenance) blaja2 bgunan nie la..buat bgunan..ak pon brminat gak bgunan2 nie.. mule2 msok ingatkan x best..tp hakikatnye ko0l n relex...kt sini rata2 lepasan spm dn pmr..da ade jga pmr..level terok tu mmg tahap 1 la..tp bek...cni byk pndedahan agama act..mcam2 la di ajar..psal agama..ade bnde yg ak da tau..ade bnde yg ak x tau lg..n kne hfal ayat lazim mmndangkan 90% bdak kt c2 x smyg..kursus ak slame 12 bulan..akan tamat 31.12.2011..tapi ak hnye skdar tggu pangilan IPTA..jadi mgkin blan9 ak da chow..sedang kwan2 yg len bertungkus lumus bkerja..ak lak tgah atur strategi dgan ilmu yg ak akan dpat nie..chewah..ak ase..ilmu 2 bleh buat lbih byk duit..skrang2nye klu thu buat bgunan ape nie..bleh la bkak kdai hardware or jd kontraktor...bntuan kwangan plak mmg mara tolong pnye bdak2 giat nie..sng ckp giat ni tmpat tolong bdk2 mlayu la..plajr2 dr cni mmg dr ltar blkg berbeza..ade dr klantan,slangor,phg pon ade ase..tp unite jek..pkaian plak rilex..jeans n bju giat..elaun rm200 jek tp di tmbah la 4o0 mak ak tmbah..600 la..sme jek dgan kwan2 ak yg kerje..krje smpai mlam..nie dk rilex lepak2 dpat gak ar duit...tmpat pon dkat..3 minit da smpai kot..x mnyerabutkan otak la org ckp.. ade sstgah kwan ak sibuk cr duit..hujung blan enjoy abes cam2 jek..buat pe cm2..xde faedah..bek kompol2 ilmu..kne gak ade ilmu kmahiran...xkn nk hdup ngan akademik jek..so what??

file2 folio pon ade gak kat giat nie

Tuesday, January 18, 2011

kumpulan MonoloQue

Loque (sebutan: “Lohk”) – Penggubah Lagu & Senikata, Penyanyi, Penerbit, Pemain Gitar & Papan Kekunci
Nama Lahir: Khairil Ridzwan Annuar
Tarikh Lahir/Asal: 9 November 1977 (33 tahun); Bangsar, Kuala Lumpur
Rumusan Karier Muzik Setakat Ini: Butterfingers (1993 – 20xx), Solo/MonoloQue (2004 – 20xx)
Pendidikan/Kelulusan: Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat (Ijazah jurusan Composition & Synthesis)
Pencapaian Peribadi: Pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009; Telah menjual sekitar 150,000 buah album bersama Butterfingers; Kini mempunyai hampir 100 buah lagu terbitan di bawah nama beliau; Menubuhkan Penerbitan Pancasona serta institut pengajian & pemahaman teori muzik, Skolah Baru Kuala Lumpur (SBKL) pada tahun 2009.

Kadax
Nama Lahir: Mohd Fakharuddin Bahar
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Bass & Vokal Latar
Pendidikan/Kelulusan: ASK (ASWARA) Kuala Lumpur
Karier: Butterfingers (1993 – 20xx), Pemain undangan kumpulan Estranged (2008/2009)

Loko
Nama Lahir: Noorhafizal Rashid
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Dram, Ritma, Alat Perkusi & Vokal Latar
Karier: Scan (Sekitar ’90-an), Butterfingers (1999 – 20xx)

Ijoo ‘Gagak Hitam’
Nama Lahir: Ikhzwan Omar
Asal: Kepong, Selangor
Instrumen: Gitar Karan & Akustik
Pendidikan/Kelulusan: ASK (ASWARA) Kuala Lumpur
Karier: Gitaris kumpulan alternatif/underground spt. X-Cited Screamers, Private Whizz & Nadia’s Picture Show (1998 – 2003); Pemain kelab/sesi (2000 – 20xx); Anggota tetap MonoloQue (2008 – 20xx)

Adam ‘Senyap’
Nama Lahir: Adam Shahrir Omar
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Papan Kekunci
Pendidikan/Kelulusan: Jurusan Muzik UiTM Shah Alam, Selangor

Biodata MonoloQue
















Hujan - Lonely Soldier Boy [2010]

Artis : Hujan
Album : Lonely Soldier Boy
Year : 2010

Track List:
------------------
1) Inspektor Remos
2) Kita Tak Peduli
3) Bahgia
4) Bagaikan Matahari
5) Kasihan
6) Lonely Soldier Boy
7) Kotak Hati
8) Walaupun Jauh
9) Jangan Kejutkan Dia
10) Muda
11) Hampir
12) Sentiasa Ada
13) Aku Yang Asing
14) Dikala Bulan Bermain Biola

Termakan hasutan tulisan si orang utan
Di atas pokok akui si penulis blog

Kasihan~ mungkin dia tidak punya kepakaran
Kasihan~ mungkin dia perlukan perhatian
Kembali kepada tempat asal mu
Ku janji takkan lepas genggaman mu
Kesat air mata ku mahu kau senyum seperti bunga menguntum

Nama misteri kadang tiada panggilan
Coretan batu api dengki seorang insan

Wednesday, January 12, 2011

Kereta Barack Obama


Kereta Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang selama ini di tunggu-tunggu oleh pemerhati otomotif dunia, akhirnya tampil kali pertama pada hari Selasa 20 Januari 2009.

Kereta utama Obama ialah Cadillac One, kereta keluaran General Motors (GM). Kereta ini direka khusus melindungi orang nombor satu AS tersebut dari ancaman keganasan.

Meskipun pihak keselamatan AS pada awalnya tidak mendedahkan secara detail Cadillac One ini kepada umum, namun dengan alasan keamanan, namun akhirnya didedahkan juga ke pengetahuan masyarakat.



Antara ciri-ciri kereta ini :-

Casis
Dipersenjatai dengan rangka truk berukuran medium serta diperkuat dengan kevlar dan logam setebal 5 inci di bawah kereta yang tahan bom dan dinamite.

Badan kerta
Gabungan eksterior Cadillac STS and DTS. Dibuat dari titanium dan aluminium untuk menahan serangan peluru penembus besi

Pintu
Pintu tahan peluru setebal 8 inci ini memiliki berat sama dengan pintu pesawat Boeing 757. Pintu hadapan tahan peluru penembus besi dan hanya boleh dibuka maksimum selebar 3 inci bagi memudahkan pemandu untuk membayar tol atau berbicara dengan pengawal Presiden di sebelahnya.

Pemandu
Dilatih khas oleh CIA dalam menghadapi segala kemungkinan.
Ruang pemandu
Standard sahaja, tetapi dashboard dilengkapi dengan GPS dan pusat komunikasi terus ke pemancar FBI & CIA.

Ruang belakang
Berkapasiti 4 orang dengan dinding kaca tahan peluru. Hanya Obama yang punya suis pembukanya. Ukuran jendela lebih luas dari kereta presiden sebelumnya. Mempunyai "Panic Button" seandainya ada masalah kecemasan.

Teknologi Informasi
Dilengkapi komputer dengan akses Wi-Fi, telefon satelit yang menyambung secara terus ke Wakil Presiden dan Pentagon.

Roda
Diperkuat dengan kevlar, tahan lasak dan pecah. Ini membolehkan kereta bergerak laju dan lancar dalam apa jua keadaan.
Bonet
Bonet kereta ini dilengkapi dengan tabung oksigen dan pemadam kebakaran.

Peralatan pertahanan
Dilengkapi dengan shotgun, night-vision, dan gas pemedih mata. Turut di sertakan ialah tabung berisi darah Presiden, seandainya presiden memerlukan darah dengan segera.
Cukup lengkap kan untuk menjamin keselamatan orang nombor 1 AS ni kan. Jadi kepada mana-mana pihak yang mahu melancarkan serangan kepada Barack Obama fikir-fikirkanlah dulu ya..

Ulat Di Otak Akibat Sushi!


Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya.

Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

Lelaki Mengandung


THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino. Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung. Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara yang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.



Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya. Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.

Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

Setiap insan yang berkahwin pastinya punya impian untuk memiliki anak. Mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai..

Teori Kejadian Manusia


“Teori Evolusi” atau dikenali juga dengan “Teori Darwin” dah lama tapi masih diperkatakan oleh mereka-mereka yang tak mengiktiraf kewujudan Tuhan..Mereka percaya manusia wujud melalui evolusi dari beruk kepada manusia. Kemusykilan muncul lagi kerana kononnya wujud lagi satu teori mengenai kewujudan manusia..Yang ni tak pasti la teori siapa kerana belum ada rekod mengenainya. Gambar kat bawah ni menunjukkan lagi satu teori yang lagi satu ni:-

Mayat Budak DiKeluarkan Buaya


Kat bawah ni nak share beberapa keping gambar bagaimana buaya ditangkap dan mengeluarkan mayat seorang budak dari perut buaya.


Ngeri kan gambar-gambar ni..So berhati-hatilah anda di mana jua anda berada. Kalau yang ada anak tu perhatikanlah setiap aktiviti-aktiviti mereka. Jangan disebabkan kelalaian anda, mereka yang tidak bersalah menanggung akibatya..