Monday, June 7, 2010

IT - CAMP 2010


IT-CAMP 2010
(Universiti Darul Iman)


kem it 2010 yang berlansung di UDM nie mmg besh..ade les copaque,mdec dan len2..ko0l abes..pling best act bile brckp tntg pluang kerjaya..bidang ict nie act boleh mndatangkan byk duit klu kne dgn carenye..cme brgantung pde individu la..kat cnie blaja2 prisian cam adobe primier dan photoshop and ade prtandingan pde hujung kem nie..prtndingan 2 tempat pertme 7o0 kedua 5o0 and ktiga 3o0..besh 2 mmg besh pasal dapat mnimbe ilmu dlam bidang ict scare lebih mndalam slain dapat mgenal dak2 it dari skola len..tp kegagalan untk mmbawa pulang rm700 asenye mnyedihkan la hati cket..ha3.ppe pon kem ict turut memasuki catatan blog 2010 aku yang siot nie..huk3 -__-!


nie ade sedikit sedutan dari Utusan Malaysia:

KUALA TERENGGANU 14 Mei - Seramai 70 pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri ini menerima pendedahan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi program IT-Camp 2010 anjuran Fakulti Informatik Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) hari ini. Dekan fakulti itu, Profesor Madya Dr. Mohd. Nordin Abd. Rahman berkata, program selama dua hari itu akan memberi kesedaran mengenai kepentingan ICT serta peluang-peluang untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang itu. ''Melalui program dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia ini, ia akan memberi pendedahan secara amali mengenai perisian multimedia seperti Adobe Premier dan Adobe Photoshop. ''Seterusnya, para peserta akan bertanding dalam mereka bentuk montaj berkonsepkan 'ICT, Etika dan Keusahawanan' bagi mencungkil bakat dan menjana minda yang kreatif dan inovatif di kalangan peserta," katanya ketika merasmikan It-Campt 2010 di UDM Kampus Kusza di sini hari ini. Beliau berkata, pertandingan mereka bentuk montaj merupakan kemuncak program berkenaan dengan menawarkan hadiah berjumlah RM1,500. ''Peserta yang mendapat tempat pertama akan menerima wang tunai RM700 serta sijil manakala tempat kedua akan memperoleh RM500 dan sijil manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM300 dan sijil," katanya. Dalam pada itu jelasnya, program itu juga akan memberi motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan dan kerjaya mereka. ''Ia juga akan menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah dalam diri para peserta supaya menjadi profesional yang berkualiti suatu hari nanti," katanya. Beliau berkata, penganjuran program itu adalah sebagai sumbangan fakulti terhadap masyarakat dalam menyebarkan ilmu dan kemahiran berkaitan ICT yang kini mengalami perkembangan pesat dari segi pembangunan dan penggunaannya. ''Penganjuran program di kampus Kusza ini juga bertujuan mendedahkan para pelajar dengan persekitaran universiti yang sebenar supaya mereka menanam impian untuk melanjutkan pengajian ke universiti kelak," ujarnya.



time petang..men2 klip terapung pe entah lam magkuk n grop kak una nie mnjadi grup paling bayak bleh apungkan klip atas air..hak3


eman and aku sedang mnujukkan kad kem..hux3

No comments: