Beberapa penemuan baru menunjukkan bahawa thesis dari kaum Yahudi dan Kristian tidaklah menyiratkan kebenaran yang seutuhnya. Orang Yahudi dan Kristian menyandarkan pendapat mereka terhadap Perjanjian Lama, kerana dalam Perjanjian lama tersebut, Ibrahim dikatakan telah dilahirkan di kota Ur sebelah Selatan Mesopotamia dan dibesarkan di kota itu juga. Dia telah menempuh sebuah perjalanan menuju Mesir dan dalam perjalanan tersebut mereka melewati suatu tempat yang dikenali dengan nama Harran di wilayah Turki.
Meskipun demikian, sebuah manuskrip Perjanjian Lama yang ditemukan baru-baru ini, telah muncul keraguan yang serius tentang kesahihan / validiti dari informasi di atas. Dalam manuskrip berbahasa Yunani itu yang dibuat sekitar abad ketiga SM, di mana manuskrip tersebut diperhitungkan sebagai salinan yang tertua dari Perjanjian Lama, juga nama tempat "Ur" tidak pernah disebutkan. Hari ini banyak penelitian terhadap Perjanjian Lama yang menyatakan bahawa kata-kata "Ur" tidak kuat atau boleh jadi Ibahim tidak dilahirkan di kota Ur dan mungkin juga tidak pernah mengunjungi daerah / wilayah Mesopotamia selama hidupnya.
Di samping itu, nama-nama beberapa lokasi serta daerah yang disebutkan telah berubah kerana perkembangan zaman. Pada saat ini Dataran Mesopotamia biasanya merujuk kepada tepi sungai sebelah selatan dari Daratan Iraq, diantara sungai Efrat dan Tigris. Telah dua milinium (2000 tahun) sebelum kita, daerah Mesopotamia digambarkan sebagai sebuah daerah yang letaknya lebih ke Wilayah Utara hinggakan lebih jauh ke utara sejauh Harran, dan membentang hingga ke daerah yang saat ini merupakan Daratan Turki dan kerana itulah apabila menerima pendapat bahawa "Dataran Mesopotamia" yang disebutkan dalam Perjanjian Lama, tetap saja akan terjadi misleading (kekeliruan) untuk berfikir bahawa Mesopotamia dua millennium yang lebih awal dan Mesopotamia hari ini adalah sebuah tempat yang seakan sama.
Seandainya ada keraguan serius dan ketidak sepakatan tentang kota Ur sebagai tempat kelahiran Ibrahim, tetapi ada sebuah pandangan umum yang dipersetujui iaitu tentang fakta bahawa Harran dan daerah yang melingkupinya adalah tempat di mana Nabi Ibrahim hidup. Hinggakan peneliltian singkat yang dilakukan terhadap isi Perjanjian Lama tersebut memunculkan beberapa informasi yang mendukung pandangan bahawa tempat kelahiran Nabi Ibrahim adalah Harran.
Sebagai contoh di dalam Perjanjian Lama, daerah Harran ditunjuk sebagai "daerah Artam" (Genesis, 11:31 dan 28:10). Disebutkan bahawa orang yang datang dari keluarga Ibrahim adalah "anak-anak dari seorang Arami" (Deutoronomi, 26:5). Seperti penyebutan Ibrahim dengan sebutan "seorang Arami" menunjukkan bahawa dia (Ibrahim) melangsungkan kehidupannya di daerah ini.
Dalam sumber agama Islam, terdapat bukti yang kuat bahawa tempat kelahiran Ibrahim adalah Harran dan Urfa. Di Urfa yang disebut dengan "kota para Nabi" ada banyak cerita dan sejarah tentang Ibrahim.
No comments:
Post a Comment