http://i493.photobucket.com/albums/rr295/aismanggo/thetimes3.png
Berdasarkan pembentangan bajet 2011, Sebuah bangunan yang tertinggi di Malaysia akan dibina dengan kedudukannya berhampiran Stadium Merdeka yang akan menelan belanja sebanyak RM5 bilion berdasarkan kenyataan Perdana Menteri di dewan parlimen semalam. Ia dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015 di dalam projek yang dikenali sebagai Warisan Merdeka.
Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa di Dubai. Burj Khalifa berukuran 828 meter tinggi dengan menempatkan 160 tingkat.
Namun begitu bangunan itu dijangka akan dapat menandingi ketinggian bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 dengan ketinggian 101 tingkap pada ukuran ketinggian 509 meter.
Nampaknya bangunan Najib ini akan mengalahkan Bangunan Tun Mahathir iaitu Menara Berkembar Petronas yang suatu masa dahulu pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian 452 meter menempatkan 88 tingkat. Seperti Tun Mahathir yang sudah bersara ,jelas sekali Najib bakal mencipta sejarah tersendiri sebagai tanda ingatan untuk rakyat apabila beliau tiada nanti. Iaitu bangunan yang pernah dibina olehnya semasa menjadi pemerintah Malaysia
Apa keperluan bangunan sehingga 100 tingkat ini dibina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? Apa sumbangannya kepada ekonomi negara di saat rakyat sedang bersusah payah meneruskan hidup dalam keadaan yang gawat ini.
Apa yang jelas niat Najib terpampang di dalam projek ini untuk mengalahkan projek di zaman Tun Mahathir. Beliau ingin menunjukkan kononnya dia juga boleh buat bangunan yang bakal dikenang rakyat. Inikah pemimpin yang bijak? Memperabis duit negara untuk kepuasan diri.
Source: Budget 2011, Najib nak lawan Tun Mahathir? - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/budget-2011-najib-nak-lawan-tun.html#ixzz18qxrMInC
No comments:
Post a Comment