Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.
oke..aku xde la nk ckap banyak cume nk ckap prasaan aku yg agak2 kecewe dgan sikap kerajaan mcam x ambil kesah tempat2 mcam lembah bujang nie..sejauh manakah lembah bujang nie dijadikan ikon krajaan untuk menarik para pelancong ke negara ini sedangkan candi lembah bujang merupakan binaan paling lame yg wujud diasia tenggara..maknenye candi2 di indonesia yg tersohor sperti candi borobudur ke x silap aku yg stupa2 2 xleh lawan candi di malaysia..iaitu lembah bujang..cube search candi borobudur.. tersergam indah...dan pelancong pon ramai datang..tapi lembah bujang??? erm...lihat saja afomosa..gah...ia..adakah klu kota afomosa itu brade d tempat yg kurang kemajuan maka nasib nya juga sama sperti candi lembah bujang???? fikir2kan lah...ubahah kerajaan yg ingin menghancurkan sejarah melayu...aku agak nie sume faktor barat..barat nk setkan minda org2 melayu kt malasysia nie bahawa kite nie mmg dari dulu bdoh..kononnye kalau merdeka nk buat sebatang pensil pon x mampu..tpi terbukti meriam itu dicipta oleh melayu..terakul itu dicpta oleh melayu...so??? kerajaan BN bodoh akan terus menjahanamkan malaysia...kononnye blaja dri sejarah melaka..kenapaka buku teks bdak skolah menengah bermula dgan melaka?? mengapa tidak dgan kedah tua?? takot thailand??? ape nie?? kerajaan terlalu bdoh!!!

No comments:
Post a Comment